Tuesday 7 August 2012

Aku Benci PLKN (tak lengkap)

As'samualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya Muhammad Alfian Bin Ali selaku Ketua Platun 2 dari Kompeni Delta minta kebenaran untuk menjalankan tugas, Tuan!
Cehh. Haha. Entry kali ni aku nak story mory laa pasal kehidupan aku kat Kem PLKN Junaco Park, Sibu, Sarawak. Checkidaud bio kem ni dulu ehh :)

Latar belakang Kem Junaco Park, Sibu
Kem PLKN Junaco Park ni terletak di Jalan Oya, Batu 16, Sibu, Sarawak, Malaysia. Kem ini mempunyai luas kawasan sebesar 125 hektar tidak termasuk kawasan hutan ( lokasi para2 pelatih gunakan untuk aktiviti WiraJaya ). Kem ni dulunya sebagai pusat rekriasi. Tetapi diambil oleh Menteri Pertahanan Malaysia; Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk dijadikan Kem PLKN kerana berpotensi menjadi tempat latihan yg kondusif. Kem ini terletak sedalam 2.5 KM di tengah2 hutan untuk sampai ke jalan utama.

Hari perpisahan dengan keluarga :'(
2 Mei 2012 merupakan hari perpisahan aku dengan ahli keluarga aku yang lain. Seminggu lebih sebelum 2 Mei nie, sebelum pergi kerja, aku bgtau laa mak aku yang aku terpilih kat Kem JNC ( Junaco Park ) Sibu. Pastu malam tuu aku balik kerja ( shif Full ) mak aku demam. Entah laa, maybe sebab aku nak pergi jauh kut. Maklum laa, satu2 nya anak lelaki kann, anak kesayangan. Heheh. Tapi nak buat macam mana, terpaksa pergi jugak lah, berkhidmat untuk negara la katakan :P heheh
Haa 2 Mei pagi tuh, pukul 1:30 kawan2 aku baru balik rumah diorg. A'ah spent time lebih sikit laa ngn aku sebab nak pergi jauh dah enn :) so, agak2 dalam pukul 2:40 dah gerak g Zetro ( tempat berkumpul ). Lepas melapor, terus g bas, masukkan barang2 sume lahh. Then Salam family semua. Masa ni laa mood sedih kaw2 punye, especially mak aku. Memang nangis habis la. Aku pun sedih jugak dalam lubuk hati nie, tp cuma keluarkan sikit je, takut keluar banyak2 susah nak berhenti nanti. Eheheh. Masok je dalam bas tuu, semua muka blur jek, mana tak nya, semua tak kenal2 lagi kann. Kat dalam bas tuu pulak lagu sedih2, meleleh dengar. Adoii. Then bas pun gerak ke KLIA. Sampai KLIA amek tiket, Solat Subuh jap pastu masok kapal terbang. Pakai Malaysia Airlines. Bla3 smpai ke Sibu Airport.

1st time jejak kaki di Sarawak.
Turun je sini, Wahh ini lah Sarawak, baru ku tau~. Haha tempat baru kann. Pastu naik bas, tuptup dah sampai Kem.

Setibanya di Kem.
Turun dari bas, simpan beg, tros makan. X sedap lgsg, teringat masakan mak aku kat rumah :) Ada yg dah smpai 1 mei, so ada yg dah botak, hahah. Ganas2 je muka 0_0 lepas makan je, kene melapor lagi, isi borang tuu, borang nie. Huhh leceh -,- masa ni laa dibahagi2 mengikut Kompeni. Ada Kompeni Alpha, Bravo, Charlie, Delta. Aku terpilih dalam Kompeni Delta :) Dah siap sume tuh, then ada sportcheck bag, takut2 ada bawak TV ke, PS ke. Hahah. Lepas tuu naik van untuk pergi ke dorm. Jao gak ah, naik bukit lagi. Adehh. Pastu dah tau dorm, pilih laa katil, aku pilih baik punya. Hahah. Sunyi je dorm tu, sikit je org. Pastu teros pergi botakkan kepala, masa tunggu turn, tertido aku, ngantok giler babbab ah. Lepas botak je, amek barang2 kt Stor Logistik. Baju kelas, baju sukan baju celoreng dan macam2. Pastu balik dorm. Then tertido. Zzzzzz LAGI. Bangun2 dah ramai ahli2 seDorm dgn aku. Wahh kawan baru :) Bangang2 je muke, yelah, kan tak kenal lagi, hahaha. Malam tuu mulalah aktiviti sesi suai kenal. Haha. Nama aku Ian, kau.....? Haa mcm tuu laa gamaknye :P >>> skip terus ke hari penyerahan fon. Dari tempoh hari perpisahan sampai laa hari penyerahan fon ni, mak aku tak henti2 call aku. Tanya ok ke x, macam mana kat sana. Aku jawab dengan tenang. Sebab ada pepatah ustaz ; insan yang cemerlang, datang dari hati yang tenang. *Ustaz mana laa tu yer. Hahaha.

Bermulanya aktiviti sebagai seorang pelatih PLKN
Isnin 11/5/12 pukul 5.15 pagi. Pangpangpang.....! Bunyi ganjil yang aku tak pernah dengar pagi2 buta selama ni. Bukak2 mata je, Cikgu pukul pintu pakai kayu. Aduhh kene bangun laa wehh! Huhh. Cuci muka semua, turun ke Padang Kawad. Kene PT pagi. Memang setiap hari ada. Macam kt sekolah lahh, perhimpunan~
pastuu kene lari pusing Kem, adoyaii. Fitness. Fuhh memang pancit aku. Gila punya. Pastu 7.15 pegi makan. Breakfast. Nak jalan g Dewan Makan dah amek masa, beratur, dah amek masa, makan lagi, dah amek masa. Tuptup dah pukul 8, adehh. Cepat gila! 8:30 nty ada kuliah pulak, sampai pukul 12:30. Jalan nak balik dorm amek masa lagi~ payah2. 1st day mcm nie aku mandi sebelum g kuliah, memey ah, peluh2 kut. Eii. Tp lps tuu x mandi dah. X sempat dohh. *aku jujur ni :P tp x lama, next3 day ( xtau bpe byk next dah ), aku mandi jugak laa sebelum g kuliah. Fikir2 balik, ish, gile pe x mandi. Errr. pastu petang aku lupa dah ada aktiviti apa, mana ingat, lama dah tuu. Kadang2 ada kuliah petang. Berselang hari ke hari. Kalau takde kuliah petang, mesti ada aktiviti lain. Kat bawah ni aku ada cerita lagi aktiviti2 lain tu. teruskan membaca :)

Pemilihan Ketua2.
Pemilihan ketua ni berdasarkan latar belakang pelatih, mcm pernah masuk kawad kat sekolah ke, jd ketua kawad ke, tp aku yang tak pernah join kawad pun terpilih dalam calon2 ketua. Naik pelik dah aku -,- apa laa yg cikgu pandang kt aku nie. Maybe dah takdir untuk bimbing orang kann. Haha. Masa aku di pilih tuu, pelik ah. Kene bawak g 1 tempat, sunyi jek. Blur, ye laa taktau apa2 enn~ pastu Cikgu suruh bg command ( bahasa hukuman tentera ) jerit ah. Amek kao, mau nak pecah tekak aku ni, pun masih kategori perlahan. Suara 'itik sekati' katanya. Gler betol. Pastu Cikgu try bagi contoh command, perghh memang bergegar 10.0 skala ritcher ear drum aq . Haha kuat doh O.O tak tau laa apa yg Cikgu nie telan sampai kuat macam tuh. Dasat!

Dapat Pangkat Ketua Platun.
Dah 2 hari ( kalau tak silap ) lepas test suara tuh, aku di panggil Cikgu untuk tulis nama, asal n cita2. Aku tanya untuk apa...? Untuk announce jd ketua nty. Walaoweyh! Tak sangka, aku yang tak pernah join kawad ni boleh terpilih ( Ada laa sekolah rendah dulu join, tp dah lama tuu ). Pikir blk, tkt jugak nak jadi ketua ni, tp tak kesah laa, Cikgu dah bagi kepercayaan pangkat kat aku, aku sahut jela cabaran tuh!
>>> dah beberapa hari bpe malam buat rehearsal untuk majlis kenaikan pangkat ni, mmg penat ah tiap2 hari buat, tiba laa hari yg sebenar majlis tuh. Baju kemas, boot dah kiwi, belt kasi ketat, Wahh nak naik pentas nie, dup dap dup dap rasanya. Dah naik pentas tu tuptup dah smpai turn aku pemakaian pangkat.
Orang yang pasangkan pangkat kat bahu aku nie askar dari mana ntah, lupa lak. Berpangkat tinggi. Left Kol Azman kalau tak silap. Ntah ye kut. Lupa lah, byk sangat askar dtg kem nie. Masa pemakaian pangkat:
(tabik hormat) "Selamat pagi, Tuan! 
--- dah dapat pangkat ---
(tabik hormat) "Terima kasih, Tuan! "
Masa pemakaian tuu disebut lah nama, asal dan cita2 aq
MC : seterusnya Ketua Platun 2 Kompeni Delta disandang oleh Wira Muhammad Alfian Bin Ali, yang berasal dari Kuala Lumpur dan mempunyai cita2 ingin menjadi seorang Pereka Grafik ( graphic designer ). Cehh. Haha. Cita2 sebenar aku bukan ni sebenarnya, Ada yang lain. Heheh. Dah turun dari pentas tu lega rasa, semua berjalan dgn lancar :D

Kawad Kaki.
Masa 1st lesson kawad kaki tuu mmg semua bnde rasa susah. Setiap ada langkah baru je, semua ckp 'woohh, susah giler'. Tp x lama, last2 bole jugak buat semua tuh. Latihan kawad ni selalu d buat tgh2 panas terik. Pukul 2:30 - 4:30 ptg. Perghh mmg perit ah. Matahari kat ats kepala woo. Mmg giler punyer. Lama2 dah biasa, nk buat camane. Mmg terpaksa laa. Adehh. Semua ni untuk Negara!

Tempur Tanpa Senjata ( TTS )
Aktiviti ni paling kitorang TAK SUKA ! Bende nie macam ala2 taek won do laa, cume yg nie namanya TTS ! Kitorang x suke Ada sebab,
- Buat kat panas terik! Pukul 2:30 - 4:30 ptg. Kat tgh2 padang kawad. Huhh.
- Di tambah pulak ngn Cikgu yg agak psycho. Hehehh. Nk tau thp ke'psycho'an nye...? Selalu ulang2 bende2 sama, ye tau laa semua bende nak perfect kannn. Selalu bg hukuman yang tak berhati perut. Hahah. Bukan apa, fikir laa ckit, kitorg ni pelatih PLKN je, bukan askar. Mau nye kne kerah macam askar. Kaw2. Wirawati wt salah, wira kne. Mcm tuu jugak sebaliknya. Seorg mls, semua kne lari pdg 5 round. Huuuiihh. Bole mampus tau!

Flying Fox.
Aktiviti ni takyah nk d explain lah yer, korg confirm2 tau punya laa. Aktiviti ni akn d buat pd pukul 2:30 - 4:30. Takpe2 yg tak tau tuu aku akan explain jugak. Flying fox ni satu aktiviti meluncur kt udara. Ada tali yang menghubungkan dari Departure Zone ke Stopper Zone. Alahh apa susah, Google jela. Mcm2 bole jumpe. Hahaha. Kt kem JNC ni, tahap ketinggian flying fox nie 30 kaki kalau tak silap. Ntah laa dah lupe. :) mula2 start aktiviti ni, demo d tunjukkan, pastuu bacaan doa dari wakil. Pastuu ketua2 mulakan dulu. Termasok aq lah tuu. Yeay! Siap2 kan peralatan semua. Pastu naik ats, tggu turn. Tuptup, smpai turn aku. Dah pasang tali apa semua, dh ready nk turun, then kne lapor;
Saya Muhammad Alfian Bin Ali minta kebenaran untuk turun, Tuan!
'okeyh pandang depan, ready, go!
Weeee! Terbang laa aku ke Stopper Zone. Haha
Sepanjang aktiviti ni mcm2 ragam ada, ada goyang2 laa, wat aksi apa2 laa, semua kene marah. Hahah. tak reti duduk diam, kan dh kne sound mambang XD

Kembara Halangan.
Aktiviti ni pun merupakan salah 1 aktiviti yg kitorang x bpe nk minat. Memenatkan! Macam biasa, 2:30 - 4:30. Aktiviti ni dimulakan dengan larian 100 meter kut bg Wira, bg Wirawati bpe meter je. Pastu kne lepas 1 palang tuh > Swinging bridge > 6 ft wall > titi > Tunnel > Crawling > 12 ft wall. Haa tuu dia halangan2 nye. Tp Wirawati kne buat sampai Crawling tuu je. Sebenarnya lps titi tuu ada 2 lg halangan tp dah corrupted sbb ada kes air. Haa mls citer ah. Haha. Yg palang tuu biasa je laa. Swinging bridge tuu pulak, kalo korg jalan mst nyanyok jambatan tuu, xtau duduk diam. Kalo Cikgu demo, tau pulak nk diam. Hahah. 6 ft wall, dinding setinggi 6 kaki. Bagi Wira, bende ni mst kne sorg2 naik, tak bole ada bantuan, kalo tak kne tolak markah. Bagi Wirawati sorg2 pun bole, tp x digalakkan. Better ada 2 - 3 supporter kt bwh tuu. Titi, aq lupe laa nama bende tu apa, tp mcm titi laa, titi simen laa katakan, setinggi 6 - 7 kaki kut. Tunnel, terowong musang, kene merangkak kt dalam tuh. Crawling, kne merangkak mcm buaya, ye ah ada dawai berduri ats tuh, kalo x merangkak mmg calar balar laa bdn korg. Haha. 12 ft wall, tembok yg berketinggian 12 kaki. Yg ni khas untuk Wira sahaja, yg ni bole Ada supporter kt bwh tuh, tak kira laa bpe org, aslkn bole naik. Pastuu Tamat~

'A' Frame.
'A' Frame ni kire best jugak lah, tapi yg tak bpe suke tuh sbb kne jemur bawah panas terik -,- masa; 2:30 - 4:40. susah laa nk described psl 'A' Frame ni, korg tgk jela clip kt bawah ni.
*Video Tak Update Lagi*

Riadah.
Ni macam biasa, x perlu citer banyak2. Main bola, takraw, jogging dan sewaktu dengan nya. Korang paham2 je laa. Mcm biasa 2:30 - 4:30.


Okeyh setakat ni je pasal aktiviti. Sekarang nk citer catatan peristiwa besar semasa aku berada kt sana.

Sambutan Hari Gawai.
Sebelum masok cuti Hari Gawai, pihak kem ada buat sambutan tersebut. Yup, coz kem ni kt Sarawak, x pelik laa npe sambut kann. Lain laa kem kt Penang, mau nye pelik pakcik yg kayuh beca. *Oke xde kene mngene. Pffftt, tgk jela gambar kt bawah ni :)

Sabotaj.
Ye sabotaj. Rasanya ye laa. Sebab kalo d fikirkn blk motif kejadian ni, boleh diklasifikasikan sebagai SABOTAJ. ye SABOTAJ. *Berapa kali aq nk ulang ni -.- Tragedi ni berlaku mlm yg sama Sambutan Hari Gawai, yer sub-topic kt atas ni. Mlm tuu jugak ada orang buat hal kt dorm Wira. Tgh orang happy2 kat Dewan, dia dok setting onar kt tempat kejadian. APTB. Balik je dorm, kecoh kawasan perkarangan asrama wira. Tersebutlah kes sabotaj BAKAR TILAM. First aku dengar, fuiyo, bakar tilam, confirm terbakar dorm. Rupe2 nye bakar ngn streka. Bkn tilam je, locker di bongkar. Bersepah! Di tabur pulak serbuk pencuci kt bag mangsa. Tak puas lagi, kasut di penuhi dengan ubat gigi. Dahsyat betul budak ni. Mengalahkan pengganas World Class. *ini perli okeyh.

Mencipta Sejarah.
Sambungan sub-topic di atas. Hujan rintik2 masa tuh. Ketua keseluruhan ngn ketua wira kecoh2 kt luar dorm. Tapi, ketua wira lagi action terlebih, sedangkn atasan dia (ketua keseluruhan) tak lah hyper macam dia. Heheheh. Pastu kene kumpul kt Padang kawad. Yeah, kt tgh2 hujan rintik yg mendamai tuu. Memang awesome, awesome laa sgt -.- cikgu turun padang, siap bawak kayu 2 batang, Ada jugak Cota. Wahh, gangster cikgu2 ni, brutal bro. Haha. Cikgu kata, tak pernah jadi kes macam ni selama kem ni dibukak 8 tahun. Wow, pelatih2 wira kumpulan 2 Siri 9/12 ni memang hebat2 belaka lahh. Dah cipta sejarah. Bangga tak korg? Hehehh. Masa ni, ketua2 macam biasa laa, jalankan tugas, kumpul anak buah, buat barisan. Ye, tgh2 hujan tuu. Happy 'mandi' hujan malam tu -.- Then 1 demi 1 saksi keluar, suspect dikecam. Disoal siasat ngn polis. Bla3. Kompeni by Kompeni dikumpulkan, kene marah, nasihat, having serious conversation, fuhh pengalaman~ pastu balik dorm. Mandi sikit, lepas kene hujan kan, takut demam. Pastu tido.

Bersambung . . .